Wednesday, August 10, 2011

Anak

Cabaran para ibu dalam mendidik anak2

Menagapa anak menjadi malas?........ada tiga sebab utama…..

1. Pertama- anak berada dalam zon selesa

2. Anak tidak diberikan target untuk dicapainya

3. Anak tidak diberitahu tentang kemalasannya

Sekarang cuba tiga perkara dibawah untuk membasmi masalah ini ……..

1. Puji dia apabila dia buat sesuatu yang boleh kita kategerikan sebagai rajin.

2. Puji dia walaupun dia tak buat sesuatu tapi kaitkan dengan dia. Contohnya kita kita kat, “siapa susun kasut-kasut ni ? ni mesti Man…bagus jugak anak ibu ni”.

Agaknya apa yg timbul dalam fikiran Man….mungkin…”eh ibu aku ni . aku tak sentuh pun kasut2 tu…nak susun jauh sekali…tapi…ibu puji aku…hai seronoknya. Tapi tentu lebih seronok kalau betul2 aku yang susun.

3. Hargai dia kerana kemalasannya. Masya-ALLAH , apa benda pulak nak hargai kemalasan anak.

Jangan panic, maksudnya menghargai kemalasannya ialah belikan sesuatu yang dicita-citakannya. Katakana kita tahu anak kita tu ingin sangat kereta control. Suatu hari belikan dia yang sederhana mahal ikut kemampuan kita. Anak pasti terkejut, hairan dan juga gembir . tapi katakana pada anak ,”kalaulah Man tak malas,hadiah lebih besar lagi daripada ani ibu belikan.

Pekaraini nampaknya mudah tapi jgn ramai yang tdk dapat melakukannya . cuba-cubalah basmi kemalasan anak kita dengan rangsangan dan pujian . mana tahu kalau kaedah ini serasi dengannya.

Renungilah mutiara kata di bawah:

“hati seorang yg bodoh terletak di mulutnya, tapi mulut seorang yang bijak terletak di hatinya”

Dipetik dari karya bestari Dr Tuah Iskandar Al Haj.

No comments:

Post a Comment