Friday, August 26, 2011

Doa Untuk Mendapatkan Rezeki Berganda

اللهم اجعلنى من أعظم عبادك نصيبا في كل خير تقسمه في الغداة من نور تهدي به ورحمة تنشرها , ورزق تبسطه , وضر تكشفه , وبلآ ء ترفعه, وفتنة تصرفها, وسوء تدفعه
Maksudnya: "Ya Allah , jadikanlah aku antara kalangan hamba Mu yang mendapat bahagian ( pencapaian yang hebat pada nur yang Engakau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau Kurniakan, dan rezeki yang Engkau sebarkan dan mudarat yang Engkau selamatkan ( daripada menimpa hamba-hambamu ), dan bala yang Engkau angkatkan ( daripada menimpa-nimpa hamba-hambamu, dan fitnah yang engkau jauhkan ( daripada menimpa hamba-hambamu,dan keburukan yang Engkau hindarkan).

DOA AGAR BERJAYA DALAM PELAJARAN DAN MENGEJAR CITA-CITA

ربنا اتنا من لدنك رحمة وهيء لنا من أمرنا رشدا
Maksudnya: Ya Allah kami, Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan sediakanlah petunjuk untuk kami ( dalam penyelesaian ) urusan kami.

Keterangan dan petua Beramal:
Ayat ini dibacakan oleh pemuda-pemuda Ashaabul Kahfi ketika melarikan diri ke dalam gua Al Khaf sebagai doa kepada Allah agar mendapat rahmat, dan hidayahnya agar berjaya mempertahankan keimanan mereka. Rahmat yang dimaksudakan dalam ayat ini merujuk kpd ilham dan hidayah yang membawa kepada kejayaan di dunia dan Akhirat. Pemuda-pemuda itu memohon kasih sayang Allah agar memberkati usaha mereka di dunia dan Akhirat.
( Tafsir Ruhil Ma'ni, tafsir ayat 10 surah AlKahfi )

Wednesday, August 10, 2011

Anak

Cabaran para ibu dalam mendidik anak2

Menagapa anak menjadi malas?........ada tiga sebab utama…..

1. Pertama- anak berada dalam zon selesa

2. Anak tidak diberikan target untuk dicapainya

3. Anak tidak diberitahu tentang kemalasannya

Sekarang cuba tiga perkara dibawah untuk membasmi masalah ini ……..

1. Puji dia apabila dia buat sesuatu yang boleh kita kategerikan sebagai rajin.

2. Puji dia walaupun dia tak buat sesuatu tapi kaitkan dengan dia. Contohnya kita kita kat, “siapa susun kasut-kasut ni ? ni mesti Man…bagus jugak anak ibu ni”.

Agaknya apa yg timbul dalam fikiran Man….mungkin…”eh ibu aku ni . aku tak sentuh pun kasut2 tu…nak susun jauh sekali…tapi…ibu puji aku…hai seronoknya. Tapi tentu lebih seronok kalau betul2 aku yang susun.

3. Hargai dia kerana kemalasannya. Masya-ALLAH , apa benda pulak nak hargai kemalasan anak.

Jangan panic, maksudnya menghargai kemalasannya ialah belikan sesuatu yang dicita-citakannya. Katakana kita tahu anak kita tu ingin sangat kereta control. Suatu hari belikan dia yang sederhana mahal ikut kemampuan kita. Anak pasti terkejut, hairan dan juga gembir . tapi katakana pada anak ,”kalaulah Man tak malas,hadiah lebih besar lagi daripada ani ibu belikan.

Pekaraini nampaknya mudah tapi jgn ramai yang tdk dapat melakukannya . cuba-cubalah basmi kemalasan anak kita dengan rangsangan dan pujian . mana tahu kalau kaedah ini serasi dengannya.

Renungilah mutiara kata di bawah:

“hati seorang yg bodoh terletak di mulutnya, tapi mulut seorang yang bijak terletak di hatinya”

Dipetik dari karya bestari Dr Tuah Iskandar Al Haj.

Monday, July 25, 2011

tips kesihatan wanita~

Meningkatkan Daya Ingatan (Bahagian Pertama)

Artikel ini di Internet
http://sihat.wanita.us/
http://tipswanitasihat.blogspot.com/

Daya ingatan kita akan semakin berkurangan seiring dengan peningkatan
usia. Ingatan dan kemampuan mengingat adalah apabila sel-sel otak
saling berhubung. Semakin banyak sel-sel ini berhubung dan semakin
banyak sambungan itu semakin mudah dan kekal daya ingatan kita.

Pemakanan adalah perkara paling penting dalam meningkatkan dan
mengekalkan daya ingatan. Makanlah makanan seimbang. Tubuh akan jadi
sihat dan otak pun cergas. Begitu juga dengan senaman dalam kadar yang
tetap.

Terdapat kajian, makanan yang mempunyai Omega 3 yang tinggi dapat
meningkatkan daya ingatan. Omega 3 boleh didapati melalui minyak ikan.
Pengambilan minyak ikan seperti ikan kod dan salmon dapat membantu
meningkatkan daya ingatan. UK dan USA FDA mencadangkan pengambilan 3
gram (Omega 3) dalam seminggu adalah baik untuk kesihatan jantung.
Makan sardin sebanyak 100 gram dengan isi kandungan 2 gram Omega 3 dua
kali seminggu boleh mencapai kita kepada matlamat ini. Omega 3 bukan
sahaja untuk jantung malah untuk otak kita.

Ginkgo Biloba dikatakan dapat membantu dalam meningkatkan daya
ingatan. Herba Ginkgo Biloba yang dihasilkan daripada pokok Ginkgpceae
membantu dalam meningkat edaran darah. Darah yang mengalir dengan baik
membantu penghantaran lebih banyak oksigen yang digunakan oleh otak.

Herba seperti Gotu Kola turut didapati membantu edaran darah dan
meningkatkan daya ingatan. Bekalan oksigen yang cukup amat penting
buat fungsi otak. Tanpanya otak akan dahulu mati berbanding dengan
organ badan yang lain. Bagi yang merokok inilah masa untuk berhenti
merokok. Merokok boleh mengurangkan oksigen ke otak. Bahan kimia dan
narkotik yang terkandung di dalam rokok boleh mengganggu keseimbangan
kimia dalam otak. Arak dan alkohol turut menggagalkan otak berfungsi
dengan baik. Hentikan pengambilan alkohol kerana selain memudaratkan
otak ia turut merosakkan hati.

Tidur amat perlu untuk ingatan dan pemikiran. Sewaktu tidurlah otak
memainkan semula apa yang perlu disimpan dan dibuang. Untuk tidur yang
baik bagi orang dewasa adalah sekitar 6 ke 8 jam manakala bagi
kanak-kanak pula adalah 12 jam. Tidur juga perlu pada waktu malam.
Dari segi biologi kita, malam adalah waktu rehat untuk otak dan badan.
Badan pula pada waktu ini lebih aktif menjalankan kerja pembaikan dan
pemulihan. Tempat tidur juga perlu selesa dan paling elok dalam
keadaan gelap.

Terdapat kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Sekolah Perubatan
Harvard, mereka yang belajar kemudian tidur dengan cukup, lebih mudah
mengingat perkara yang dipelajari keesokan harinya. Perbandingan ini
dibuat dengan mereka yang belajar pada waktu pagi, kemudian diuji 12
jam kemudian sebelum mereka tidur.

Untuk anda yang akan menjalani peperiksaan bermulalah dari awal
berminggu-minggu sebelum peperiksaan. Belajar pada waktu awal malam
supaya dapat tidur awal untuk mendapat jumlah tidur yang cukup. Pada
sebelah pagi selepas tidur, ulang kaji ringkasan apa yang telah
dipelajari sebelum tidur.

Friday, June 24, 2011